Pada 18 November 2016 (Jumaat) jam 08.30 pagi bertempat di Muzium Samudera Melaka telah diadakan Program Gotong Royong anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Perbadanan Muzium Negeri Melaka bersama Parol Daerah Melaka Tengah. Seramai 22 orang ODP telah menyertai program tersebut dan turut disertai oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Program gotong-royong dimulakan sebaik sahaja taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka dan diteruskan dengan pembahagian kerja-kerja kebersihan di kawasan sekitar Muzium Samudera.
Program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara ODP dan masyarakat di samping dapat membantu melakukan kerja kebersihan di kawasan muzium. Selain itu, program ini juga memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan di kawasan tarikan pelancong. Aktiviti gotong royong ini berakhir pada jam 11.00 tengahari setelah semua hadirin menikmati jamuan ringan. Pihak Perbadanan Muzium Negeri Melaka telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan yang diberikan.
"" Program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara ODP dan masyarakat di samping dapat membantu melakukan kerja kebersihan di kawasan muzium. Selain itu, program ini juga memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan di kawasan tarikan pelancong. Aktiviti gotong royong ini berakhir pada jam 11.00 tengahari setelah semua hadirin menikmati jamuan ringan. Pihak Perbadanan Muzium Negeri Melaka telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan yang diberikan.